★Its the time!!★

Tuesday, December 30, 2008

Tahun Baru Hijrah 1430

Assalamualaikum ku mulakan sebagai pembuka kata..
ku turuti dengan haii sebagai penyeri..
ku ucapkan terima kasih kepada semua urang yang keluar masuk pat blog ku ane .

Penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Suci Mekah ke Kota Suci Medinah telah pun berlalu pada 1430 yang lepas. Kini kita hanya mampu mengingatinya sebagai satu pengorbanan yang telah dilakukan oleh Baginda demi mentaati perintah Allah S.W.T dan peninggalannya sebagai satu sejarah yang berharga . Setiap tahun umat islam akan memperingati dan menyambutnya secara keugamaan . Dan yang biasa dilakukan oleh kita iaitu membaca doa Ratibul Atas.

Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia nya saya masih mampu untuk meneruskan kehidupan di tahun hijrah yang baru . Kerana tanpaNya dan kekuasaanNya , tidak mungkin saya akan berdiri di tanah ini jika Ia tidak mengkehendakiNya .

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Tahun Hijrah 1430 kepada semua umat muslimit dan muslimat yang ada di seluruh dunia ,di Negara Brunei Darussalam dan kepada umat islam yang melawati halaman blog ini..

Saya akhiri dengan penutup kata ..
Wabillahitaufiq walhidayah..wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .
Semoga sukses selalu dalam hidup anda!

No comments: